Great Thursday

Petang Rabu tu ayah tiba tiba je bagi RM150 duit untuk beli sandal.Ingat nak beli Air Max.Mintak mintak ayah boleh tambah.Tapi ni bukan cerita pasal kasut.Ni cerita pasal aku gastrik balik.Malam Rabu tu pergi makan kat tempat Kamal, makan NasHi leWmaRk antarabangsa di Dataran Pahlawan.Kebetulan dia ada en.Dia baru potong rambut.Macam kuda laut.Aku makan nasi lemak dan air soya.


Lepastu jalan jalan kat Dataran jap tengok kasut.Cari cari takde pulak.Aisehmen.Balik rumah, text Kamal, mandi lepastu makan ubat.Serius perut dah lain macam.Memang pedas Nasi Lemak dia tu.Then dalam pukul 2 pagi, aku terjaga sebab sakit perut.Aku muntah, keluar darah lagi.Maybe ulser dah worst.Aku bagitahu Kamal, dia just suruh jaga makan dan makan ubat.Then terus diam.Hmmmm :'(


Pukul 3 aku terkejut lagi, aku muntah lagi.Keluar darah lagi.Aku tak tahan, aku call mak.Nak bangun tak larat, capai hp terus call.Then mak masuk bilik, ayah terpaksa dukung aku bawa masuk kereta.Thanks dad.Ingatkan tu hari last aku balik rumah.Sakit sangat perut.Macam biasa, jumpa Doktor aku.Dia cakap, jangan makan pedas aku degil.Aku kena cucuk air(6 botol) Sejuk sangat dalam wad tu.Nak text siapa, aku tak tahu.Semua tak kisah pasal aku en?(Tak nak raih simpati pun)



Aku baring je.Muntah tak berhenti-henti.Nurse pun tak henti henti cucuk ubat tahan muntah.Kan bagus kalau Akai Ito ada kan?Mesti dia boleh jaga :) Dalam pukul 11 tengahari baru aku boleh balik.Aku dah sihat balik, aku rasa sangat berterima kasih kepada doktor dan nurse kerana tidak menahan aku di wad lama-lama.Panas bontot derr.

Okaylah, nak tulis banyak banyak pun tak boleh.Babai





Name : Adah

Mood : Fastball- The Way

No comments:

Post a Comment