August is over

Aku minta berakhir bukan kerana tiada perasaan, kerana terlalu sayangkan kau, aku minta untuk berakhir. Ya, aku akui perasaan aku masih sama seperti dulu malahan lebih dan makin bertambah setiap hari hanya untuk kau. Dan kadang-kadang, aku tak boleh ada untuk kau. Aku selalu jarang bertemu kau. Bukan kerana tidak mahu, cuma aku jarang dapat keluar bersama kau. Aku tahu kau faham, dan kerana aku sayangkan kau, aku minta untuk berakhir. Maafkan aku, cinta.

Aku kasihan pada kau. Aku kenal kau. Aku faham kau. Aku memahami kau jenis yang macam mana. Eventhough kita sering bertekak, kau masih faham dan sayangkan aku. Aku amat menghargainya sayang. Tiada lelaki lain yang boleh faham aku macam kau. Aku harapkan yang terbaik untuk kau, selepas ini. Tanpa aku.

Terima kasih kerana gembirakan aku, buatkan aku lupa tentang ST. Walaupun kita macam anjing dengan kucing, kau sangat romantik. Aku harapkan hubungan yang lebih lama bersama kau, tetapi aku tak boleh pentingkan diri sendiri. Kau juga mahukan gadis yang sentiasa berada di sisi kau. Maaf, kerana aku tak dapat jadi gadis itu. Terus terang, aku amat sedih. Andai kata kau berjumpa gadis itu, jangan beritahu aku atau biarkan aku tahu. Tolong, jangan benarkan aku tahu. In fact, perasaan aku masih sama untuk kau.

Aku mahukan yang terbaik untuk kau, bukan untuk aku. Masih, akan aku doakan untuk kau. My moooo :)


Sekali lagi. Aku minta untuk berakhir bukan kerana tiada perasaan, cuma aku terlalu sayangkan kau.




Sesiapa yang nak menganjing dengan aku lepas ni, memang aku bunuh kau.

No comments:

Post a Comment