Akhirnya, kaki aku semakin pulih. Kalau tak, dah macam orang habis pantang dah cara aku berjalan. Lebih kurang perempuan baru lepas malam pertama. Terkangkang macam kongkang. Koyak muka mak nyahh.
Okay, dengan berbekalkan MC aku selama dua hari aku bercadang hendak menghafal teks pidato yang Cikgu Adlee bagi pada minggu yang lepas. Rupanya tidak boleh kerana teks telah ditukar dan ditolok tambah dan membuatkan teks perlu di ubah semula dan di-print kembali. Ya, memang cibai. Nasib baik aku tak hafal banyak sangat, kalau tak memang dah meroyan. Doakan aku berjaya untuk hari Khamis ini. :)
Aku nak kongsi sikit pengalaman aku bermain bola jaring ni. Permainan pertama berlawan dengan SMK Bukit Rambai. Tak payah cakap lah, hebatnya mereka kemain. Mana taknya, pagi petang siang malam boleh berlatih kerana mereka ada asrama. GBS pulak, dah la training seminggu sebelum tu. 30minit sebelum nak lawan semua pasukan buat warm-ing up kami sibuk mengikat rambut dan memakai losyen penghalang cahaya matahari. Tergelak besar gamaknya sekolah lain melihat gelagat kami. Hahaha
Perlawanan antara GBS dengan Bukit Rambai bermula pada jam 11.30 tghari. Kena bantai dengan SMK Bukit Rambai 39-2 wehhh. Kau bayangkan muka aku selepas habis perlawanan tu. Sebangsat muka yang aku pernah buat. Mereka memang hebat belaka. Semasa perlawanan sedang dilangsungkan, pemain SMK Bukit Rambai ni diam je. Tiada suara yang keluar. GBS pulak macam pasar dah. Kemain jerit. Nak nak suara C dia. Peace Kak Wanie. Pape pun, thumbs up untuk sekolah Bukit Rambai! :-)
Pada jam 3 petang pulak dengan Tunas Bakti. Ni aku tak nak cerita banyak. Aku tak nak buka aib sesiapa. Yang aku tahu mereka ni gatal gatal dan suka meraba. Dan aku TRAUMA.
Aku tak nak masuk lah tahun depan punya. Angkara bola jaring kaki aku dah bengkak hingga dapat mc 2 hari. Sebenarnya aku suka, saja saja buat tak suka. Eh rindu kat Kamal pulak laaa. K babai :)
xoxo, ;)
No comments:
Post a Comment