Sejak kebelakangan ni, aku ayik tidur awal je. Kamal Ihsan pun naik bengang juga bila aku janji nak call, tapi tak kerana tertidur. Aku penat gila. Banyak makan pun salah satu faktornya. Minggu ni sekolah aku minggu vokasional. So banyak makanan yang dijual dan banyak makanan yang dapat free. Kopak duit aku untuk minggu ni.
Semalam Han Sien Ting bagi aku nasi lemak 4 bungkus dengan jambu air. Aku lantak dalam kelas jugak. Lapau punya pasal. Tiba-tiba, cikgu Sivik aku muncul di daun pintu setelah lama beliau ke outstation. Kemudian, beliau menuju ke tempat aku gara-gara terbau makanan. Dan taappp, aku direkodkan dalam kad biru. For the first time, kad biru aku bersih je kayy. Oh itu memang sial. Dan aku kena baca perenggan dalam buku teks Sivik sebanyak 3 kali kerana aku menganjing-.-
Semalam dan hari sebelum semalam aku memang tidur awal. Aku pun tak tahu mengapa. Agaknya bontot aku dah kematu duduk dalam kereta lama-lama masa ambil kakak aku di Kuala Pilah semalam kerana beliau baru tamat pengajiannya dan sedang tunggu panggilan U pada bulan 9 nanti. Cikgu aku suruh aku belajar pandai pandai macam kakak aku. Kakak aku boleh lah, dia hari hari hadap buku. Fb pun tak buka. Ahh, nak berazam macam kakak aku jugakk. Kondisi aku menaip sekarang dalam keadaan bangun tidur, menunggu jam pukul 6.30. Nak siap ke sekolah. Harini mungkin aku balik naik bas. Shit.
Sabtu dan Ahad ni tuition sampai pukul 5. Mygaddddd. Nak dating laaaaa :(
No comments:
Post a Comment