#5


Assalamualaikum.

Aku ada empat ekor kucing, sebenarnya lima tetapi Anje Seyh dah arwah. RIP Anje. Antara empat ekor ini, aku paling ngam dengan Putih atau nama timang-timangannya 'Jerry'

Bulan lepas, dia sakit pada bahagian belakang, atau dalam bahasa kasarnya JUBO. Bernanah tempat tu, aku letak minyak gamat aje. Dalam dua hari dah okay. Hampir ke klinik, mak nasihat sapu minyak aje. Kos perubatan agak tinggi.

Baru dua hari lepas, aku perasan perubahan Putih. Dia mula tak makan dan lemah sahaja. Kemudian, semalam aku tengok dia dah terbaring dan air liur penuh di mulut. Malahan, air mata beliau berlinangan. Aku terus bawa dia tidur dengan aku malam itu. Aku tak tidur, aku jaga dia. Dia membuang najisnya di cadar kesayangan aku pun, aku tak kisah.

Jam 6.20 pagi, aku keluar dan buka pintu pagar rumah. Aku nak bakar cadar aku yang dah kotor tu. Mak pula terbangun dan dia kata 'Harini kita bawa Utih pergi klinik ya' Dalam jam 3 aku pergi Klinik di Ayer Keroh.

Doktor kata Utih kena virus yang paling teruk sekali. Doctor inject Utih dan bagi beliau ubat antibiotik. Doktor bagi ubat pil dan air antibiotik. Sehari sekali. Pil ada lima biji, lima hari sahaja. Dalam kereta, Utih mengiauu kasihan. Jika Utih sihat, mulut dia yang paling memekak. Humphhh I miss his voice

Utih, please play like usual. I miss you. So much.

:)

No comments:

Post a Comment